DASAR AKSES TERBUKA TESIS DAN DISERTASI INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI MALAYSIA
HOME · DASAR AKSES TERBUKA TESIS DAN DISERTASI INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI MALAYSIA
Latar Belakang
Inisiatif Akses Terbuka Tesis dan Disertasi Institusi Pengajian Tinggi Malaysia diwujudkan bagi memperluas akses kepada hasil penyelidikan universiti, meningkatkan keterlihatan penyelidikan negara serta menggalakkan perkongsian ilmu kepada masyarakat.
Inisiatif ini dilaksanakan melalui kerjasama 20 Universiti Awam (UA) dengan penyelarasan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
Tujuan Dasar Akses Terbuka Tesis
Memperluas Akses kepada Pengetahuan Ilmiah. Membolehkan hasil penyelidikan pelajar pascasiswazah, khususnya tesis dan disertasi, diakses secara terbuka oleh komuniti penyelidik, pelajar, pendidik, pembuat dasar dan masyarakat umum
Meningkatkan Visibiliti dan Impak Penyelidikan Tempatan Memberi pendedahan lebih luas kepada penyelidikan yang dihasilkan oleh pelajar institusi pengajian tinggi, sekali gus meningkatkan sitasi, kolaborasi akademik dan reputasi penyelidik
Menyokong Pemerkasaan Ekonomi Berasaskan Pengetahuan Pengetahuan yang dikongsi secara terbuka membolehkan pemindahan ilmu ke dalam pelbagai sektor, termasuk industri dan komuniti.
Kronologi Perkembangan Akses Terbuka
TAHUN
PERISTIWA
KETERANGAN
2002
Budapest Open Access Initiative (BOAI)
Pengenalan rasmi konsep akses terbuka di peringkat antarabangsa.
2005
Malaysian Theses Online (MyTO)
Pembangunan platform carian tesis dan disertasi melalui kerjasama perpustakaan UA.
2017
Kajian Akses Tesis dan Disertasi UA
Kajian UPM mendapati 19 UA mengehadkan akses teks penuh tesis kepada pengguna dalaman.
Oktober 2019
Penubuhan Jawatankuasa Inisiatif Akses Terbuka UA
Diselaraskan oleh KPT dan dipengerusikan oleh Ketua Pustakawan UUM.
18 Julai 2023
Kepimpinan UTHM
Ketua Pustakawan UTHM dilantik sebagai Pengerusi baharu Jawatankuasa Inisiatif Akses Terbuka UA.
2024
Tinjauan Hak Milik dan Klasifikasi Akses Tesis
Tinjauan dilaksanakan bagi mengenal pasti kategori pemilikan dan klasifikasi akses tesis di UA.
2025
Penerbitan Dasar Akses Terbuka
Dokumen Dasar Akses Terbuka Tesis dan Disertasi IPT Malaysia diterbitkan oleh Penerbit UTHM.
Evolusi Akses Terbuka Di Malaysia
Perjalanan ke arah keterbukaan ilmu penyelidikan:-
Dasar diterima dan dirasmikan pada 13 February 2025 oleh Yang Berhormat Dato' Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir, Menteri Pendidikan Tinggi di Marriott Hotel, Putrajaya.