Skip to main content

External Membership

OBJEKTIF

Keahlian luar membuka ruang kepada masyarakat luar kampus memanfaatkan sumber maklumat, perkhidmatan dan kemudahan yang disediakan oleh Perpustakaan Tunku Tun Aminah.


TERMA & SYARAT

Pendaftaran & Tempoh Keahlian
  1. Setiap permohonan pendaftaran hendaklah mengemukakan salinan kad pengenalan dan dokumen sokongan
  2. Pendaftaran boleh di buat secara walk-in, pos, fax atau emel borang permohonan.
  3. Tempoh keahlian luar PTTA ialah selama setahun (12 bulan) dari tarikh pendaftaran keahlian. 
  4. Pembaharuan keahlian boleh dibuat melalui telefon atau e-mel satu (1) bulan sebelum tamat tempoh. 
  5. Kaedah pembayaran yuran dan pinjaman adalah melalui QR Pay, FPX dan E-Debit. 
Peminjaman
  1. Hanya bahan di dalam koleksi rujukan terbuka sahaja yang boleh dipinjam. 
  2. Keahlian Korporat layak untuk menggunakan perkhidmatan penghantaran dokumen terhad kepada 10 artikel sahaja. RM10 bayaran tambahan untuk dokumen seterusnya.
  3. Yuran peminjaman adalah mengikut kategori keahlian. 
  4. Notis peringatan untuk pemulangan buku akan dihantar melalui e-mel dan telefon. 

Akses Pangkalan Data
  1. Akses kepada pangkalan data hanya dibenarkan di dalam premis perpustakaan sahaja.
Dendaan
  1. Denda lewat pemulangan buku adalah sebanyak RM0.20 sehari
  2. Bayaran bagi menggantikan kad yang hilang ialah RM15.00.
  3. Bahan yang hilang atau rosak harus dibayar mengikut kos penggantian bahan.

KEAHLIAN


Sertai Kami

jadi sebahagian dari keluarga PTTA!